Sunday, 5 May 2013

KATA-KATA ALUAN PENGURUS ASRAMA KANAN


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau


   Terlebih dahulu marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya kita dapat melayari laman blog Unit Pengurusan Kolej (UPK) UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka. Laman blog ini telah mula dinaiktaraf pada akhir bulan April 2013 dan dilancarkan pada Julai 2013. Ianya diperkenalkan kepada umum atas tujuan untuk memberikan informasi tepat dan terkini berhubung perkembangan, perubahan serta pelbagai aktiviti yang dijalankan di UPK UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka. Sesungguhnya penggunaan teknologi terkini terutama bidang informasi dan komunikasi amatlah penting dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian awam dan prestasi sesebuah organisasi malahan dapat membantu mendapat maklumbalas secara terus daripada pelanggan-pelanggan.



   Saya bagi pihak warga kerja UPK UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka.
merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pengunjung yang sudi meluangkan masa untuk melayari laman blog rasmi UPK UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka. Diharap dengan terhasilnya laman blog ini, para pengunjung dapat memperoleh maklumat-maklumat yang berkaitan dengan UPK UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka malahan dapat berkongsi pandangan, idea dan maklumat yang boleh membantu UPK UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka dalam memberikan perkhidmatan terbaik  kepada para pelanggannya. UPK UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka akan meneruskan dengan jitu segala perancangan dan pelan tindakan organisasi selaras dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.


   Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua anggota UPK UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka atas segala sokongan, komitmen, kesungguhan dan sumbangan mereka dalam memantapkan lagi pentadbiran UPK UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka. Semoga warga UPK UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka akan terus bersama-sama mamacu UPK UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka ke tahap yang lebih cemerlang. Insya-Allah, laman blog ini akan sentiasa dikemaskini sebagai salah satu cara mempamer dan menyalur informasi secara berkala tanpa henti.





    Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang akan dan telah melayari laman blog UPK UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka ini. Sokongan, idea dan nasihat daripada anda semua amat kami harapkan dalam usaha untuk menjadikan UPK UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka sebuah organisasi bertaraf dunia. Insya-Allah.



ZULKIFLY ABDUL MAJID
PENGURUS ASRAMA KANAN
UNIT PENGURUSAN KOLEJ UiTM
KAMPUS ALOR GAJAH MELAKA

2 comments:

Lina Abdullah said...

Assalamualaikum tuan,
Anak saya, Nur Aisyah Aqilah Binti Abdul Razak pelajar Pengurusan Pernigaan (Insurans) di UiTM Alor Gajah akan daftar utk semester 3 pd bulan Oktober. Dia tak berjaya mendapat kolej kediaman. Masalahnya, tarikh utk rayuan hanya buka pd bulan Oktober sedangkan kuliah sudah bermula pada waktu tersebut. Kami dari Sarawak, maka agak sukar utk kami mencari rumah sewa utk dia. Boleh tak rayuan itu dipercepatkan. Anak saya sudah menempah tiket utk ke sana pd 7 Oktober 2022. Keadaan ini amat menyukarkan kami. Saya juga banyak tanggungan lain kerana abang dan adiknya juga masih belajar.

Lina Abdullah said...

Ini no kad pelajar anak saya 2021819582

PENGUMUMAN PENTING

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR UiTM ALOR GAJAH. PERMOHONAN KOLEJ SECARA ONLINE TELAH DIBUKA PADA 17 SEPTEMBER - 2 OKTOBER 2013.

PARA PELAJAR SEMESTER 1-3 DIKEHENDAKI MEMBUAT PERMOHONAN SECARA ONLINE DI STUDENT PORTAL (E-HEP).

JIKA TERDAPAT SEBARANG MASALAH SILA BERHUBUNG TERUS DI PEJABAT UNIT PENGURUSAN KOLEJ DI ZON ANDA.

Terima Kasih.